Monday, 27 May 2013

Skuad Tok Gajah Fokus Ketajaman Bahagian Serangan

Ketajaman barisan serangan menjadi fokus utama skuad Pahang
Azamuddin Akil akan bergandingan
bersama Matias Conti di
bahagian serangan 

bagi merobek gawang Johor Darul Takzim (DT) pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur malam ini. 


Justeru, pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh mahu barisan serangan diketuai Matias Conti dan Azamuddin Mohd Akil lebih bijak  memanfaatkan peluang memadam impian Harimau Selatan itu. 
“Jaringan awal daripada barisan pemain amat ditagih dan jika pemain mempamerkan semangat juang tinggi dan tidak mempersia-siakan peluang,
kejayaan akan memihak kepada Pahang. 


“Namun, pada masa sama, barisan pertahanan perlu lebih kental untuk
menyekat lawan terutama gandingan Nunez dan Norshahrul Idlan Talaha
 manakala bahagian tengah perlu lebih mantap bagi memberi sokongan kepada
bahagian serangan,” katanya semalam. 


Sementara itu, penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang
 diberi tugas selaku kesebelasan utama percaya Pahang mampu menewaskan
pelawat biarpun ketinggalan satu gol. 

“Kami masih ada 90 minit lagi membuktikan kebolehan dan sudah pasti tempoh
 itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menyekat Johor DT daripada
layak ke final,” katanya.

No comments:

Post a Comment