Dollah Salleh berharap Fauzi Roslan dapat melakukan yang terbaik bersama Matias Conti. |
Jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, komitmen dan semangat juang tinggi ditagih daripada semua pemain supaya lebih fokus untuk menampilkan aksi garang mengutip mata penuh di laman sendiri selepas kecundang kepada Johor Darul Takzim (DT) minggu lalu.
Tanpa sebarang pilihan kami harus menang malam ini. Saya harap gandingan pemain mantap terutama jentera serangan diketuai Matias Conti dan Mohd Fauzi Roslan
dapat membolosi gawang lawan.
Dollah berkata, lebih mendebarkan ia membabitkan perancang tengah Amirul Hadi Zainal tidak dapat diturunkan kerana penggantungan satu perlawanan manakala Mohd Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin baru pulih daripada demam.
Katanya, situasi tidak menentu skuadnya itu menyebabkan tumpuan kini terarah kepada semua pemain supaya lebih bersedia untuk berdepan Felda United.
No comments:
Post a Comment