Jose Mourinho bersama penolong jurulatihnya |
Persatuan BolaSepak Pahang
Monday, 22 July 2013
Friday, 19 July 2013
MalaysiaXI vs ChelseaFC
Assalamualaikum, tentu dah ramai yang tak sabar nak tengok perlawanan ni kan? Okey, pada perlawanan ini, Datuk Subahan Kamal dah cakap " Kami tidak akan guna pemain luar untuk perlawanan ini, juga pada perlawanan menentang Barcelona nanti " . Jadi, memang kita akan tengok gandingan yang kuat dimana Norshahrul dan Safee akan bermain di hadapan. Pemain dari Pahang pula, tiada yang dipanggil ke skuad kebangsaan, Azamuddin Akil cedera dan Saifulnizam Miswan memang tidak dipanggil. Manakala anak kelahiran Pahang yang kini berada di Jepun, Wan Zack Haikal juga tidak dipanggil kerana mengalami kecederaan. Penjaga gol InsyaAllah akan dikawal oleh Farizal Marlias (anak kelahiran Pahang tu..) .
Klik LINK untuk membeli tiket perlawanan : -->LINK
Monday, 27 May 2013
Skuad Tok Gajah Fokus Ketajaman Bahagian Serangan
Ketajaman barisan serangan menjadi fokus utama skuad Pahang
bagi merobek gawang Johor Darul Takzim (DT) pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur malam ini.
Justeru, pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh mahu barisan serangan diketuai Matias Conti dan Azamuddin Mohd Akil lebih bijak memanfaatkan peluang memadam impian Harimau Selatan itu.
“Jaringan awal daripada barisan pemain amat ditagih dan jika pemain mempamerkan semangat juang tinggi dan tidak mempersia-siakan peluang,
kejayaan akan memihak kepada Pahang.
“Namun, pada masa sama, barisan pertahanan perlu lebih kental untuk
menyekat lawan terutama gandingan Nunez dan Norshahrul Idlan Talaha
manakala bahagian tengah perlu lebih mantap bagi memberi sokongan kepada
bahagian serangan,” katanya semalam.
Sementara itu, penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang
diberi tugas selaku kesebelasan utama percaya Pahang mampu menewaskan
pelawat biarpun ketinggalan satu gol.
“Kami masih ada 90 minit lagi membuktikan kebolehan dan sudah pasti tempoh
itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menyekat Johor DT daripada
layak ke final,” katanya.
Azamuddin Akil akan bergandingan bersama Matias Conti di bahagian serangan |

Thursday, 25 April 2013
Conti taruhan Tok Gajah
Dollah Salleh berharap Fauzi Roslan dapat melakukan yang terbaik bersama Matias Conti. |
Jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, komitmen dan semangat juang tinggi ditagih daripada semua pemain supaya lebih fokus untuk menampilkan aksi garang mengutip mata penuh di laman sendiri selepas kecundang kepada Johor Darul Takzim (DT) minggu lalu.
Tanpa sebarang pilihan kami harus menang malam ini. Saya harap gandingan pemain mantap terutama jentera serangan diketuai Matias Conti dan Mohd Fauzi Roslan
dapat membolosi gawang lawan.
Dollah berkata, lebih mendebarkan ia membabitkan perancang tengah Amirul Hadi Zainal tidak dapat diturunkan kerana penggantungan satu perlawanan manakala Mohd Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin baru pulih daripada demam.
Katanya, situasi tidak menentu skuadnya itu menyebabkan tumpuan kini terarah kepada semua pemain supaya lebih bersedia untuk berdepan Felda United.
Friday, 19 April 2013
Pahang tewas menentang pasukan Johor Darul Takzim
Leonel Nunez ketika di asak oleh pemain Pahang, Shahrizan Salleh |
Bagaimanapun, pasukan Pahang berjaya memberi tentangan sengit sebagai pasukan pelawat.
" Kami telah bermain dengan baik, cuma mungkin penyudah sahaja yang kurang, kami akan cuba yang terbaik selepas ini." kata Dollah Salleh. " Matian Conti pula masih belum menemui rentak biarpun ketika menentang pasukan Sime Darby, beliau berjaya menjaringkan 2 gol kemenangan untuk pasukan Pahang " katanya lagi.
Pada pertemuan itu, Pahang mempunyai peluang pada minit-minit akhir perlawanan apabila Fauzi Roslan hampir sahaja menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan .
Tamat perlawanan, Johor Darul Takzim 1 , Pahang 0 .
Thursday, 18 April 2013
'Ledakan Argentina'
Berpandu kepada prestasi terkini, tumpuan peminat tanah air pasti terarah kepada kelibat dua peledak baru Argentina - Leonel Nunez (Johor Darul Takzim) dan Matias Conti (Pahang) apabila mereka turun membantu dua pasukan berkenaan dalam pertembungan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Nama dua penyerang import ini sudah menjadi bahan bicara selepas masing-masing berjaya merakamkan jaringan dalam penampilan sulung untuk pasukan baru pada aksi suku akhir kedua Piala FA, Selasa lalu.
Nunez, 29, meskipun keadaan fizikalnya dilihat tidak begitu cergas tetap memberi impak besar selepas masuk sebagai pemain gantian dengan ledakan dua gol membantu Johor DT menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam.
Conti, 23, turut menyerlah apabila rembatan dan tandukannya membolehkan Pahang menang 2-0 ke atas Sime Darby untuk ke separuh akhir Piala FA, berdepan sekali lagi Johor DT.
Apa pun, 90 minit permainan malam ini bakal menentukan sentuhan Latin siapakah yang lebih menjadi - sama ada Nunez - bekas peledak Argentinos Juniors dan Independiente atau pun Conti, bekas tonggak Tristan Suarez.

" Kita Tidak Boleh Mengadili Berdasarkan Fizikal Badan Leonel Nunez "
Dollah Salleh ketika di temu ramah |
"Setiap perlawanan berbeza dan kami tidak boleh terlalu memikirkan kemenangan yang lepas," kata Dollah.
"Lihat bagaimana cara dia menjaringkan gol. Lihat bagaimana dia mengawal dan merembat bola itu. Ini adalah tanda bagi seorang pemain yang boleh menang perlawanan. "
"Dia merbahaya. Kami tidak boleh mengadili pemain berdasarkan fizikal badannya," jelas Dollah .
Subscribe to:
Posts (Atom)